Ahli keluarga, waris Jamaludin, Silah berkumpul sempena Aidilfitri

Ahli keluarga, waris Jamaludin, Silah berkumpul sempena Aidilfitri

LEBIH 100 waris dan ahli keluarga Allahyarham Jamaludin Abdul Wahid dan Allahyarhamah Silah Nayan bergambar bersama pada majlis sambutan Aidilfitri di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 100 ahli keluarga dan waris Allahyarham Jamaludin Abdul Wahid dan Allahyarhamah Silah Nayan yang berasal dari Kampung Mayor, Pantai, Seremban berkumpul pada majlis sambutan Aidilfitri di Seremban baru-baru ini.

Pengerusi program, Siti Zaharah Jamaludin berkata, program tersebut merupakan julung kali diadakan dan berlangsung dengan cukup meriah.

Katanya, majlis yang berlangsung di sebuah dewan acara itu berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk amalan kerjasama dan bermuafakat terutama kepada mereka yang lebih muda.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya