KANGAR: Iklan melalui Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) bersempena Aidilfitri dihasilkan Kementerian Perpaduan Negara berjudul kepulangan membawa mesej serta menzahirkan semangat perpaduan di negara ini.
Ia dibarisi pelakon seperti Rosnah Johari sebagai Faridah dan Izzul Faiq sebagai Ismail selain selain barisan pelakon mewakili masyarakat berbangsa Cina, India, Sarawak dan Sabah.
Filem pendek berkenaan mengisarkan mengenai konflik anak tunggal lelaki yang bernama Ismail selain terpaksa berperang dengan mentaliti masyarakat kebanyakan memandangkan lelaki harus hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada ibu dan ayah.
Konflik tercetus di mana rakan sekerja Ismail kerap mengusiknya yang masih tinggal bersama ibunya manakala rakan sekerja lain yang berasal dari Borneo telah lama merantau dan hidup berdikari sekali gus membuatkan ego Ismail tercabar.
Namun, tunjang kekeluargaan ini sebenarnya turut dijunjung tinggi oleh rakan-rakan Ismail walaupun berbeza agama dan bangsa. Secara keseluruhan, melalui beberapa mesej yang disampaikan itu, ia jelas menyampaikan tiga pesanan utama iaitu faham, hormat dan terima melalui kehidupan harmoni dalam kepelbagaian di Malaysia.
Manakala di akhir PSA tersebut, menceritakan dan menyatukan pelbagai latar belakang masyarakat dalam satu satu wadah dan menyeru rakyat Malaysia agar terus menjaga hubungan erat, menyuburkan budaya saling menghargai, serta memperkukuh jati diri nasional.
Ia juga mengangkat nilai-nilai murni yang menjadi tunjang perpaduan negara seperti kekeluargaan, kesederhanaan, keharmonian, serta tolak ansur antara semua kaum.
PSA ini disiarkan di pelbagai saluran televisyen seperti RTM, BERNAMA, TVS dan ASTRO serta melalui platform media sosial Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.-UTUSAN