ARAU: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman meluangkan masa melawat dan bersahur bersama anggota di Balai Bomba Arau di sini.
Rozabil bersama barisan jawatankuasa kepemimpinan bahagian dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian itu turut sama meninjau dan beramah mesra bersama anggota.
Seawal pukul empat pagi, Rozabil bersama barisan pimpinan bahagian itu sudah berada di balai bomba berkenaan bagi membawa makanan seterusnya bersahur bersama para anggota bertugas dalam suasana santai.
Kunjungan tersebut juga sebagai tanda menghargai para petugas selain bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau, Asri Mat Isa dan pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Ahmad Nazrin Abdul Aziz.-UTUSAN