KANGAR: Dalam meraikan kakitangan yang sentiasa komitmen bekerja, Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyampaikan sumbangan bersempena Aidilfitri.
Kira-kira 20 kakitangan jabatan berkenaan menerima sumbangan hamper dan duit raya.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Dekan dan Timbalan Dekan GSGSG UUM iaitu Prof. Dr. Rusdi Omar dan Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.
“Sumbangan tersebut bagi meraikan kakitangan bersempena sambutan Aidilfitri. Ini juga menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan daripada jabatan bersama kakitangan.
“Bersempena Ramadan ini juga diharapkan hubungan silaturahim antara jabatan dan kakitangan terus erat,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN