Anggota keselamatan di sempadan main peranan penting jaga kedaulatan negara - Utusan Malaysia

Anggota keselamatan di sempadan main peranan penting jaga kedaulatan negara

TUANKU Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sumbangan Kuih Raya Kerajaan Negeri Perlis Kepada Pegawai dan Anggota Keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri Di Sempadan Malaysia-Thailand di Pos TS 11, Pasukan Gerakan Am (PGA), Padang Besar.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Anggota keselamatan perlu sentiasa memastikan kawalan sempadan negara dijalankan dengan lebih ketat dan agresif bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kawalan di sempadan itu adalah menjadi tanggungjawab utama anggota keselamatan tersebut.

Baginda bertitah, anggota keselamatan di sempadan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara serta keutuhan wilayah sentiasa terjamin.

“Tugas mereka sangat penting dalam mengawal pergerakan individu, barangan dan kenderaan serta mencegah jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI),” titah baginda.

Baginda  bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sumbangan Kuih Raya Kerajaan Negeri Perlis Kepada Pegawai dan Anggota Keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri Di Sempadan Malaysia-Thailand di Pos TS 11, Pasukan Gerakan Am (PGA), Padang Besar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Shahrum Hashim.

Majlis tahunan ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada Pasukan Keselamatan yang bertugas tanpa mengenal penat lelah sepanjang musim perayaan demi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perlis terus terpelihara.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan simbolik perasmian majlis serta mengurniakan sumbangan kuih raya kepada 12 wakil agensi terbabit sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya