Perlis tak ‘kalah’ dengan Thailand - Utusan Malaysia

Perlis tak ‘kalah’ dengan Thailand

PENGUNJUNG menaiki ‘choley’ bagi melihat keindahan perkampungan nelayan di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jika kelaziman Thailand dipenuhi pelancong, Perlis yang bersempadanan dengan negara gajah putih itu turut menerima tempiasnya apabila di­serbu pengunjung bersempena cuti persekolahan dan Tahun Baharu Cina.

Lokasi-lokasi tumpuan se­perti arkeb Padang Besar, Kuala Perlis, Gua Kelam, View Point Wang Kelian, Timah Tasoh, Kampung Warna-Warni Seberang Ramai termasuk kedai-kedai ikan bakar di Kuala Perlis serta tempat makanan lain padat dengan pengunjung.

Lokasi-lokasi menawarkan keindahan alam semula jadi seperti terusan Kampung Wai dan kawasan-kawasan sawah padi yang kini sedang menghijau juga menjadi tumpuan pe­ngunjung sebagai lokasi healing popular di Perlis.

Difahamkan sepanjang mu­sim cuti persekolahan ini, tempahan di kebanyakkan inap desa dan hotel di negeri ini juga penuh dan perkemba­ngan ini sekali gus merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 yang memasuki tahun terakhir dengan sasaran lima juta pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, dianggarkan lebih 100,000 pengunjung datang ke Perlis sepanjang cuti persekolahan dan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya, sejak kelmarin dan dijangka berterusan sehingga Ahad, lokasi-lokasi pelanco­ngan khususnya di Kuala Perlis, Padang Besar dan lokasi-lokasi yang menawarkan tarikan keindahan alam semula jadi, padat dengan pengunjung.

Lokasi di View Point Wang Kelian dan Padang Besar me­nyaksikan sejak awal pagi sehingga ke petang, sarat dengan pengunjung.

“Keadaan itu dijangka berterusan memandangkan sepanjang tahun ini, Perlis padat dengan aktiviti pelancongan. Malah, Februa­ri ini banyak lagi acara besar se­perti Pesta Angin Timur dan Fiesta La­yang-Layang Antarabangsa di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

“Kehadiran pengunjung mem­beri limpahan ekonomi kepada peniaga dan pemilik inap desa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pelancong dari Kuala Lumpur, Anuar Ismail,39, pula, memilih Perlis untuk percutian keluarganya bagi menghayati keindahan dan ketenangan di pelbagai lokasi menarik berdasarkan keindahan alam semula jadi terdapat di negeri ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya