Penduduk letih ‘layan’ banjir - Utusan Malaysia

Penduduk letih ‘layan’ banjir

MANJA Mohd. Noar menunjukkan baju sekolah cucunya yang sempat diselamatkan apabila kediaman mereka di Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi , Johor dilanda banjir kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: “Letih dan fobia berdepan bencana banjir tiga kali dalam tempoh dua bulan.”

Itu luahan mangsa banjir di Kampung Baru Sungai Mas, Manja Mohd. Noar, 59, apabila sudah tiga kali dia berdepan banjir tempoh dua bulan dengan gelombang pertama pada Disember lalu sebelum kali pada awal tahun ini dan disusuli kelmarin.

Dia yang tinggal bersama-sama tiga anak dan dua cucu di rumah tersebut hanya sempat menaikkan barang dan perkakasan rumah ke tempat lebih tinggi termasuk pakaian seragam sekolah untuk cucunya yang sudah dibeli bagi sesi persekolahan baharu pertengahan bulan ini.

“Pakaian sekolah cucu dapat diselamatkan. Kalau tak kena keluar duit lagi beli pakaian sekolah. Banjir kali ini tak macam banjir gelombang kedua, habis barang rumah seperti tilam, karpet dan katil dibuang kerana rosak tak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Ditanya tentang persiapan menyambut Ramadan, Manja dan keluarganya hanya ingin fokus untuk membersihkan rumah mereka.

Seorang lagi penduduk, Amalia Samad, 37, turut mengakui fobia dengan banjir yang kerap melanda setiap kali berlaku pertembungan air pasang dan hujan lebat dalam tempoh beberapa jam.

Ibu kepada dua anak itu berkata, pemimpin setempat juga memaklumkan merancang untuk memindahkan mangsa banjir di suatu kawasan baharu yang lebih selesa dan selamat.

“Sejak berpindah ke kampung ini pada 2012, hanya tempoh dua tahun tidak banjir. Dalam tempoh itu kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan namun selepas itu banjir berlaku sehingga kini pada setiap hujung tahun.

“Setiap kali hujan, kami berasa takut. Kami pun dah penat membasuh rumah dalam masa banjir beberapa kali ini, rumah pun dah kosong. Kami harap penempatan baharu yang dijanjikan akan dapat disegerakan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya