Lelaki jatuh sungai kecil hati tidak terima ucapan hari lahir - Utusan Malaysia

Lelaki jatuh sungai kecil hati tidak terima ucapan hari lahir

MEK Jah Hussin menunjukkan gambar Muhammad Khairul Naeim ketika ditemui di rumahnya di Kampung Maka, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. – MINGGUAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang lelaki yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka, Pulai Chondong di sini Rabu lalu pernah berkecil hati dengan adik-­beradiknya yang tidak memberi ucapan hari lahir kepadanya pada 15 Januari lalu.

Mangsa, Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, disedari hilang selepas kali terakhir dilihat berada di tebing sungai tersebut.

Ibunya, Mek Jah Hussin, 70, berkata, Muhammad Khairul Naeim yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ada membeli sebiji kek untuk menyambut hari kelahirannya, Selasa lalu.

Katanya, dia ada memaklumkan kek yang dibeli selepas dua minggu hari lahirnya itu untuk disambut bersama rakan-rakannya di sebuah kedai di kampung berkenaan.

“Dia memang mahu menyam­but hari lahir bersama rakan-rakannya. Muhammad Khairul Naeim juga ada memaklumkan kepada saya dia sedikit terasa hati dengan adik beradiknya kerana tidak membuat ucapan hari lahir kepadanya pada 15 Januari lalu.

“Saya menyedari dia hilang apabila bangun daripada tidur kira-kira pukul 2 pagi. Saya sempat menjenguk biliknya dan mendapati Muhammad Khairul Naeim tiada,” ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumah­nya di Kampung Maka di sini.

Mek Jah berkata, dia meIihat pintu hadapan rumah tidak berkunci sebelum memanggil anak dan saudara terdekat supaya membantu mencari Muhammad Khairul Naeim.

Katanya, anak bongsunya itu lazimnya masuk ke rumah selepas lewat malam, namun dia tidak pulang ke rumah.

“Saya mengesyaki dia jatuh ke dalam Sungai Kelantan ke­rana ada yang memaklumkan menjumpai sepasang selipar milik Muhammad Khairul Naeim di tebing sungai. Ada penduduk kampung lihat dia berada di tebing sungai sebelum hilang,” ujarnya.

Sementara itu kakaknya, Rohaida, 45, berkata, adiknya kelihatan sangat gembira dan bergurau dengan beberapa anak saudaranya sehari sebelum dia dilaporkan hilang.

Katanya, dia terkejut dan hairan dengan permintaan Muhammad Khairul Naeim yang menyuruhnya membuka tingkap rumah untuk menatap wajahnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya