Laut surut, pengunjung berjalan kaki ke Pulau Giam - Utusan Malaysia

Laut surut, pengunjung berjalan kaki ke Pulau Giam

PENGUNJUNG berjalan kaki ke Pulau Giam ketika fenomena air laut surut di Pulau Pangkor, Perak, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Ratusan pengunjung mengambil kesempatan daripada kejadian air laut surut yang berlaku cuma beberapa hari dalam setahun di Pulau Pangkor untuk berjalan kaki dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam, sejauh kira-kira 400 meter di sini semalam.

Tinjauan mendapati pengunjung mulai menyeberang kira-kira pukul 11.20 pagi ketika air mulai surut.

Keadaan air surut itu bagaimanapun hanya berlaku selama kira-kira sejam apabila air kembali pasang menjelang pukul 12.35 tengah hari.

Seorang pengunjung, Kha­rul Ibrahim, 34, berkata, dia datang dari Shah Alam, Se­langor semata-mata melihat fenomena itu.

Menurutnya, dia bermalam di hotel di sini namun agak mengecewakan kerana air laut tidak surut sepenuhnya.

“Rezeki saya tidak ada hari ini, air laut tidak surut sepenuhnya. Semasa air mulai surut saya berjalan kaki untuk ke pulau di tengah laut namun tidak lama kemudian air tiba-tiba naik.

“Saya berpatah balik bimbang tidak sempat kembali ke pantai,” katanya.

Koew Goh Lot, 25, dari Pulang Pinang pula berkata, ini kali kedua dia ke sini untuk menyaksikan fenomena air surut selepas tahun lalu dia berjaya berjalan kaki hingga ke Pulau Giam.

Katanya, ketika itu air laut sangat surut dan dia sangat seronok apabila dapat melihat ikan, sotong, kerang, siput dan batu karang yang timbul.

“Namun kali ini saya kurang bernasib baik kerana tak dapat sampai ke Pulau Giam kerana air surut hanya sekejap.

“Baru sahaja hendak berjalan ke tengah laut, air yang surut tiba-tiba naik hingga ke paras lutut. Bimbangkan keselamatan diri, saya berpatah balik ke pantai,” katanya.

Pengunjung dari Sabah, Nor­aini Mohamad Rahman, 89, yang bercuti bersama anak dan cucunya mengakui gembira kerana tetap dapat ke Pulau Giam walaupun air laut tidak surut sepenuhnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya