Kejohanan karom ala kampung meriah - Utusan Malaysia

Kejohanan karom ala kampung meriah

KAMARUL Azman Khamis menyaksikan dan menyampaikan hadian pada kejohanan karom Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bukit Kura.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pertandingan karom Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) yang melibatkan belia dari Kampung Bukit Kura berlangsung meriah.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM200, tempat kedua RM50 dan tempat ketiga serta keempat menerima hadiah wang tunai RM30 selain hadiah saguhati.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Kham

“Meskipun hanya kejohanan kecil namun cukup untuk memberikan impak kemeriahan dalam suasana kampung.

“Di samping itu, kejohanan tersebut juga bertujuan mengeratkan lagi silatulrahim dan ukhwah bersama penduduk kampung khususnya di Pedu yang melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Lubok Merbau Pedu, Kampung Keda Bukit Kura, Kampung Bukit Buloh dan Kampung Lubok Merbau Jaya.

“Kejohanan ala kampung ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan antara golongan muda dan veteran sekali gus meriahkan suasana,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya