Hilang upaya bekerja, bapa bimbang masa depan keluarga - Utusan Malaysia

Hilang upaya bekerja, bapa bimbang masa depan keluarga

NORAINI Hassan (dua dari kiri) menunjukkan kesan jahitan di kepala Mat Aslam Mat Hussin di Kampung Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bapa bimbang masa depan keluarganya selepas hilang upaya untuk bekerja akibat kemalangan bot semasa memancing dua tahun lalu yang menyebabkan tempurung kepalanya pecah serta kecederaan teruk pada bahagian muka.

Mat Aslam Mat Hussin, 42, berkata, kejadian itu menyebabkan kerangka besi dimasukkan pada bahagian muka sebelah kirinya manakala penggantian tempurung kepala yang pecah akan dilakukan dalam masa terdekat.

Katanya, kesan kemalangan itu turut mengakibatkannya mengalami masalah pendenga­ran, kabur penglihatan di se­be­lah kiri dan hilang deria bau.

“Setakat ini, saya sudah menjalani empat pembedahan kecil di bahagian kepala akibat jangkitan kuman dan kandu­ngan air berlebihan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun terpaksa berhenti selepas perlu menjalani pembedahan. Sejak itu, saya hilang punca pendapatan,” katanya semasa menerima sumbangan wang dan bakul makanan dari Kelab Prihatin Komuniti Pengkalan Chepa bersama Persatuan Prihatin Kelab Che Latif serta Persatuan Suri Prihatin Pengkalan Chepa di rumahnya di Kuala Besar di sini, semalam.

Mat Aslam berkata, lebih merumitkan keadaan apabila semua wang simpanannya berjumlah RM20,000 sudah habis digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

“Dua daripada tiga anak saya yang berusia lapan dan sembilan tahun masih bersekolah. Saya ada seorang lagi anak yang masih kecil. Semuanya perlu ditanggung, isteri (Noraini Hassan) tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga saya.

“Saya ada mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan termasuk kad orang kurang upaya namun gagal walaupun sudah menyerahkan laporan kesihatan,” ujarnya.

Mengimbau semula insiden pada 19 Mac 2022, Mat Aslam berkata, dia bersama seorang sepupunya keluar memancing pada pukul 9.30 malam di Kuala Besar, dekat sini.

“Semasa sedang meman­cing, tiba-tiba sebuah bot lain datang lalu merempuh bot yang saya naiki. Rempuhan itu menyebabkan saya mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka sebelum terjatuh ke dalam sungai.

“Saya kemudian tidak sedarkan diri dan dibawa Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di bagi mendapatkan rawatan awal. Kemudian, saya telah dirujuk ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubu­ngi Mat Aslam di talian 013-5647472 atau terus menyalurkan bantuan ke akaun CIMB 7626480727.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya