Habitat terganggu mungkin faktor buaya sesat ke pantai - Utusan Malaysia

Habitat terganggu mungkin faktor buaya sesat ke pantai

PEGAWAI serta anggota Perhilitan Negeri Sembilan memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dilaporkan kelihatan di sekitar Pantai Cermin, Port Dickson baru-baru ini. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Habitat asal di su­ngai yang terganggu mungkin menjadi faktor kehadiran buaya di beberapa kawasan pantai di Port Dickson seperti aduan awam yang diterima kebelaka­ngan ini.

Aktivis alam sekitar, Noor Fadzli Shah berkata, kehilangan habitat dan ekosistem terganggu akibat aktiviti manusia selalu menjadi penyebab haiwan termasuk reptilia itu keluar dari habitat asalnya.

“Pencemaran air sungai meng­akibatkan kekurangan sumber makanan.Habitat asal buaya ini iaitu kawasan-kawasan bakau di sungai tidak lagi selamat dan reptilia ini mencari hutan bakau lain yang mempunyai sumber makanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kejadian kehadiran buaya yang dilihat orang awam sekitar Pantai Cermin, Port Dickson baru-baru ini. Terdapat beberapa kawasan hutan bakau di sekitar Pantai Cermin dan Tanjung Tuan.

Pengarah Jabatan Perlindu­ngan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata kepada media baru-baru ini, seekor buaya yang berkeliaran di Pantai Cermin itu disyaki buaya yang sesat dari Sungai Linggi.

Sehubungan itu, pihaknya telah memasang perangkap dengan bagi menangkap buaya itu.

Sungai Linggi yang menjadi sempadan kepada Negeri Sembilan dan Melaka dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pantai Cermin itu diketahui sebagai habitat kepada buaya tembaga.

Sementara itu, Noor Fadzli berkata, agensi dan jabatan berkaitan perlu mengambil langkah lebih menyeluruh dalam menangani isu kehadiran reptilia itu di perairan Port Dickson.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya