Gua Kelam Chalet tarikan pelancong, pelihara kelestarian alam - Utusan Malaysia

Gua Kelam Chalet tarikan pelancong, pelihara kelestarian alam

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan) berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada YTSP di Gua Kelam Chalet, Padang Besar, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Gua Kelam Chalet di Kaki Bukit, di sini, menjadi antara lokasi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa ke negeri ini dengan menawarkan pengalaman unik buat pengunjung.

Destinasi tarikan baharu ini menerapkan gabungan elemen keindahan alam semula jadi bersama kemudahan penginapan yang selesa.

Pengasas Gua Kelam Chalet, Lim Poh Leng berkata, chalet itu direka khas bagi memberikan pengalaman luar biasa buat pelancong dengan memelihara kelestarian ekosistem di kawasan berkenaan selaras usaha menjadikan Perlis sebagai destinasi pelancongan mesra alam.

“Selain itu, chalet ini diharap dapat menjana ekonomi tempatan, mencipta peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada masyarakat serta komuniti setempat.

“Saya percaya bahawa inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan negeri ini yang lebih progresif,” katanya pada majlis perasmian chalet itu, di sini, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis. Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian itu.

Baginda berdua turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian chalet berkenaan dan mengadakan lawatan ke bilik serta kemudahan yang disediakan di lokasi itu.

Untuk rekod, Gua Kelam Chalet menyediakan 17 kemudahan bilik bermula dengan harga sekitar RM160 sehingga RM603.

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini termasuklah kolam renang, permainan ping pong, berbasikal, memanah, tempat parkir kenderaan yang luas dan beberapa lagi.

Pada majlis sama, Gua Kelam Resort Sdn Bhd turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerusi Setiausaha Kehormatnya, Datuk Johari Mohd Darus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya