Gajah ceroboh Taman Pertanian Sekayu pindah ke habitat lebih sesuai - Utusan Malaysia

Gajah ceroboh Taman Pertanian Sekayu pindah ke habitat lebih sesuai

SEEKOR gajah jantan yang menceroboh Taman Pertanian Negeri Sekayu, Hulu Terengganu, dipindahkan ke habitat hutan semula jadi yang lebih sesuai, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seekor gajah jantan dianggarkan seberat dua tan metrik yang menceroboh masuk Taman Pertanian Negeri Sekayu, di sini, dipindahkan ke habitat lebih sesuai, semalam.

Pengarah Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Te­rengganu, Loo Kean Seong ber­kata, gajah dianggarkan be­rusia antara 12 hingga 15 tahun itu ditangkap pihaknya selepas menerima aduan berhubung pencerobohan haiwan tersebut, Ahad lalu.

“Gajah ini menceroboh masuk ke kawasan taman pertanian berkenaan secara sendirian. Hampir 20 kakitangan Perhilitan termasuk lapan staf Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka serta seorang pegawai veterinar dari ibu pejabat Perhilitan terlibat dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

“Dua gajah denak turut digunakan dalam operasi kali ini dan ia akan dipindahkan ke habitat hutan semula jadi yang lebih sesuai,” katanya semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah memindahkan dua ekor gajah setakat tahun ini dengan kes pertama pada 24 Januari lalu di Setiu melibatkan seekor gajah jantan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya