Disangka biji jerawat rupanya kanser - Utusan Malaysia

Disangka biji jerawat rupanya kanser

NURUL Huda Mohammed menunjukkan ubat-ubatan yang perlu diambil bagi merawat penyakit kansernya di Taman Balok Perdana di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ibu kepada dua anak di Taman Balok Perdana, di sini tidak menyangka ketulan kecil yang disangka biji jerawat pada bahagian dadanya rupanya ketulan kanser.

Nurul Huda Mohammed, 43, berkata, setelah melakukan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira setahun lalu, dia disahkan menghidap kanser payu­dara tahap dua.

Katanya, penyakit dihidapi­nya itu di luar jangkaannya kera­na tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser.

“Pada awalnya, ketika memasu­ki usia 40 tahun iaitu pada penghujung 2023, saya ada menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di klinik swasta melalui program dianjurkan kerajaan negeri.

“Ketika itu, keputusan pe­meriksaan memaklumkan saya tidak mempunyai sebarang penyakit. Saya ada maklumkan tentang biji kecil pada bahagian dada saya dan pemeriksaan dijalankan menunjukkan ketulan kecil itu ‘kosong’.

“Cuma ketika itu saya diberi­tahu jika mahu dapatkan pengesahan lebih lanjut, saya perlu menjalani ujian biopsi di hospital. Namun saya ambil keputusan mengabaikan sahaja ketulan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Nurul Huda berkata, selepas setahun, dia melihat biji di­sangka jerawat kecil itu menjadi bertambah besar sehingga menyebabkannya kerap demam dan letih terutama pada waktu malam.

“Berasa tidak sedap hati, saya membuat pemeriksaan di HTAA dan seminggu kemudian, saya dipanggil oleh pihak hospital dan mereka memaklumkan saya menghidap kanser payudara tahap dua,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang di Gebeng, dekat sini dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Menurutnya, sebaik sahaja mendapat tahu tentang keputusan tersebut, dia buntu memikirkan nasibnya dan keluarga dengan pendapatan suami sebagai mandur ladang RM1,500 di samping anaknya berusia 18 tahun belajar di sebuah institut kemahiran dan seorang lagi berusia 11 tahun.

Menurutnya, kini doktor memintanya menjalani rawatan dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang disediakan dalam tempoh 10 tahun.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menyalurkannya melalui akaun RHB Bank milik Nurul Huda, 15605000047821.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya