Warga emas didakwa cabul anak jiran

Warga emas didakwa cabul anak jiran

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan mencabul kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya berusia enam tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 67 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syazana Abd. Lajis.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan dengan cara meraba kemaluan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan pada waktu petang di sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang Masjid Tanah dalam daerah Alor Gajah pada 6 Januari 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM18,000 berserta syarat-syarat tambahan sekiranya difikirkan perlu oleh mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah jika ada.

Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya