Peruntukan lebih setengah juta baiki rumah nelayan Melaka

Peruntukan lebih setengah juta baiki rumah nelayan Melaka

MUHAMAD AKMAL Saleh menyampaikan replika cek bernilai RM13,000 peruntukan PKPN kepada seorang nelayan di Kuala Linggi, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebanyak RM520,000 diperuntukkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membina lima rumah baharu dan lima rumah untuk dibaiki menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini di Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, PKPN merupakan salah satu inisiatif kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan taraf kehidupan nelayan dan isi rumah berpendapatan rendah.

Menurutnya, projek itu berjaya membangunkan penempatan semula nelayan lengkap dengan prasarana asas supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup lebih baik dan selesa.

“Tahun lalu sebanyak RM130,000 diperuntukan bagi membaik pulih 10 rumah nelayan iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam sebanyak empat buah, tiga di DUN Telok Mas dan masing-masing sebuah di DUN Merlimau, DUN Sungai Rambai serta DUN Kuala Linggi.

“Terdapat tiga komponen utama PKPN iaitu baik pulih rumah nelayan, bina baru rumah nelayan dan penempatan semula rumah nelayan. Bermula 2020, pelaksanaan baik pulih dibuat secara gotong-royong melibatkan golongan sasar dan secara lantikan kontraktor.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan lebih menggalakkan pelaksanaan secara gotong-royong agar dapat memupuk nilai kesepakatan dan semangat kerjasama dalam melaksanakan baik pulih dan bina baharu rumah nelayan,” katanya ketika ditemui selepas Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di DUN Kuala Linggi di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya