Permintaan berganda udang galah menjelang Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Permintaan berganda udang galah menjelang Tahun Baharu Cina

MOHAMAD Izzudin Jizan (kanan) ketika ditemui di Kampung Jumbang, Kuala Pilah, semalam selepas mengeluarkan hasil udang galah yang diternaknya. UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, permintaan terhadap hasil udang galah turut meningkat.

Seorang penternak udang galah di Seri Menanti di sini, Mohamad Izzudin Jizan, 36, berkata, permintaan untuk udang galah terutamanya yang masih hidup ketika musim perayaan itu sememangnya meningkat berkali ganda berbanding hari lain.

Katanya, ia termasuklah permintaan dalam kalangan pengusaha restoran di Singapura.

“Sempena sambutan Tahun Baharu Cina juga, permintaan memang meningkat bukan hanya untuk pasaran negara jiran bahkan juga daripada pengusaha restoran tempatan.

“Memang potensi penternakan udang galah ini sangat baik, saya dah usahakannya sejak saya berusia 21 tahun sehinggalah sekarang, pasarannya luas termasuk dalam kalangan pengusaha kolam memancing. Ketika ini harga jualannya antara RM70 hingga RM80 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Kampung Jumbang di sini semalam.

Katanya lagi, kebanyakkan pembeli akan terus ke kolam ternakannya untuk mengambil bekalan udang galah yang hanya akan dijual dalam saiz sekurang-kurangnya empat inci.

“Biasanya kalau saiz ini dalam 17 hingga ke 20 ekor bagi setiap satu kilogram, setakat ini saya mampu mengeluarkan hasil sehingga 500 kilogram dalam sebulan,” katanya.

Mohamad Izzudin dalam pada itu, memberitahu, walaupun mempunyai kira-kira 21 kolam ternakan udang galah namun dia masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang diterima ketika ini.

“Ternakan udang galah ini juga tidak bermusim, permintaannya sentiasa ada terutamanya semasa musim perayaan

“Kini saya mengusahakan kesemua kolam ternakan di atas tanah pajakan milik penduduk kampung. Saya harap dapat mengusahakan lebih banyak lagi kolam ternakan bagi memenuhi permintaan yang diterima kelak.

“Namun masalah dihadapi adalah kekangan tanah bersesuaian bagi mengusahakannya, saya harap ada pihak dapat membantu. Setakat ini pelbagai agensi memberikan bantuan termasuk daripada segi geran dan kelengkapan serta peralatan ternakan,” katanya lagi-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya