Pengusaha bot terjejas, jeti masih tenggelam - Utusan Malaysia

Pengusaha bot terjejas, jeti masih tenggelam

KEADAAN air banjir di Jeti Lubuk Pungkur yang masih melepasi tebing dan menjejaskan pendapatan pengusaha bot memancing di Sungai Kahang, di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Walaupun sudah seminggu banjir yang berlaku di daerah Kluang telah berakhir, namun tempiasnya masih dirasai penduduk apabila air Sungai Kahang masih tinggi.

Akibat masalah itu, para pe­ngusaha bot memancing sepanjang sungai berkenaan terjejas teruk kerana terputus punca pendapatan apabila tidak dapat menyewakan bot kepada pe­langgan kerana semua jeti masih ditenggelami air.

Pengusaha bot di Jeti Lubuk Pungkur, Osman Manap, 55, berkata, fenomena ini terpaksa dihadapi mereka sekurang-ku­rangnya dalam tempoh antara empat hingga enam minggu se­tiap kali banjir berlaku di Kahang.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka tidak memperoleh sebarang pendapatan kerana tiada pemancing yang ingin turun ke sungai kerana bimbang keselamatan diri.

“Kebiasaannya saya akan memperoleh sekitar RM100 sehari daripada hasil sewaan bot namun apabila setiap kali berlaku banjir, maka tiada apa-apa pendapatan diperoleh.

“Kadang-kadang keadaan ini boleh menjangkau sehingga la­pan minggu keadaan air yang tinggi melimpahi tebing walaupun banjir sudah surut di beberapa kampung di bahagian hulu Sungai Kahang dan Sungai Sembrong,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Osman berkata, mereka kini ter­paksa memasang jaring di da­lam kebun-kebun kelapa sawit yang masih ditenggelami air un­tuk mendapatkan tangkapan ikan air tawar bagi menampung kehilangan punca pendapatan harian.

“Keadaan ini bukan hanya ber­laku di jeti sini namun turut sa­ma dialami pengusaha bot me­mancing di Jeti Jarut, Kolin ser­ta Tanah Abang yang secara ti­dak langsung menjejaskan pen­dapatan harian masing-ma­sing,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya