Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 237 orang

Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 237 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan kerja-kerja mengemas khemah di salah sebuah PPS. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di negeri ini menurun daripada 1,054 orang pagi tadi kepada 237 orang petang ini selepas lima pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd. Faizal Hussin dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya 237 orang daripada 68 ketua isi rumah masih ditempatkan di empat PPS di Pitas manakala, dua PPS di Paitan ditutup sepenuhnya.

Dua PPS di Paitan iaitu Pusat Komuniti Masyarakat dan PPS Masjid Kampung Simpangan ditutup selepas kesemua 61 mangsa daripada 17 ketua isi rumah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir surut.

Mangsa banjir di Pitas ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Lugu, Rumah Budaya Kampung Mandamai, Rumah Sonsogon Kampung Sosop dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dandun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya