Kampung tradisi hilang nilai budaya? - Utusan Malaysia

Kampung tradisi hilang nilai budaya?

LAPORAN Utusan Malaysia sebelum ini menGENAI, tiga pekan yang dirancang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi di Maran dan Jerantut yang kini bagaikan hidup segan mati tidak mahu selepas pembubaran LKWJ, 25 tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pembubaran dua agensi pembangunan wilayah di Pahang iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA) Jengka 26 bukan sahaja menjejaskan matlamat mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi moden tetapi kampung-kampung tradisional di kawasan pentadbiran masing-masing.

Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Datuk Dr. Aripin Said berkata, tempias besarnya menyebabkan kampung tradisional antaranya Kampung Papai, Kampung Lubuk Paku, Kampung Sungai Duri dan Kampung Melayu menjadi kampung tinggal atau kurang penduduk.

“Sebagai orang budaya, saya melihat ia turut memberi kesan besar terhadap budaya budi dan kesantunan orang Melayu yang diamalkan dalam struktur masyarakat Melayu.

“Apabila kampung pupus yang turut hilang aktiviti budaya murni masyarakat kampung seperti bergotong-royong, bersawah, menternak, menangkap ikan, berselawat dan berdikir rebana, permainan, lagu rakyat serta lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, akhbar ini melaporkan, tiga pekan dirancang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan sosial di daerah ini dan Jerantut dengan kewujudan bangunan serta rumah kedai kini bagaikan hidup segan mati tidak mahu selepas pembubaran LKWJ, 25 tahun lalu.

Pembubaran itu menyebabkan projek pembangunan Pekan Ibol Tunggal, Pekan Kampung Awah dan Pekan Tajau di bawah seliaan LKWJ terbantut serta gagal mencapai matlamat se­pertimana dirancang walaupun berpotensi serta berada di lokasi strategik.

Aripin yang merupakan anak jati Kampung Batu Bor, Chenor berkata, keberadapan masyarakat kampung kaya dengan nilai-nilai budi, santun dan akhlak yang menjadi teras kepada sosio budaya kehidupan harian penduduk.

Menurutnya, satu ketika dahulu, cerita dan lagu rakyat Pahang khususnya di kampung-kampung tradisional pinggir Sungai Pahang begitu meriah dengan penampilan penglipur lara memeriahkan sesuatu majlis namun kini tiada lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya