Inovasi kuih tradisional lompat tikam jana pendapatan sampingan - Utusan Malaysia

Inovasi kuih tradisional lompat tikam jana pendapatan sampingan

NOOR Ilmiah Mohd. Radzi menunjukkan kuih lompat tikam yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menjana pendapatan sampingan lebih RM1,000 sebulan dengan menjual kuih tradisional lompat tikam.

Noor Ilmiah Mohd. Radzi, 36, berkata, dia belajar membuat kuih itu dengan menyertai kelas dalam talian dan menerusi media sosial.

“Kuih lompat tikam ini selalunya hanya digemari oleh ‘masyarakat lama’ tetapi saya menginovasikannya mengikut selera semua generasi baharu masa kini.

“Bagaimanapun bagi memastikan keasliannya, saya tetap menggunakan bahan-bahan segar dan menggunakan ‘pewarna semulajadi’ bagi menampakkan ia menarik,” kata­nya ketika ditemui di Kampung Raja di sini.

Menurut Noor Ilmiah, kuih tepung beras dengan pulut itu enak dimakan bersama manisan gula melaka dan santan pekat.

Katanya, kuih lompat tikam yang dihasilkan juga disesuaikan dengan pelbagai majlis termasuk menggubah hiasan mengikut kehendak pelanggan.

“Biasanya hiasan dibuat di atas kek tetapi saya membuat perubahan dengan hiasan di atas kuih lompat tikam. Lazim­nya, sempena sambutan hari lahir atau majlis orang ramai akan menempah kek tetapi kini mereka juga boleh menggantikannya dengan kuih tradisional ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya