Ibu buntu anak OKU derita kanser payudara - Utusan Malaysia

Ibu buntu anak OKU derita kanser payudara

NOR Syafiqah Ismail (kiri) bersam Wan Jah Daud di rumah mereka di Kampung La, Hulu Besut, Terenggani. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang ibu di Kampung La di sini, buntu memikirkan nasib anak perem­puannya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal dan disah­kan menghidap kanser payu­dara.

Wan Jah Daud, 50, berkata, anak kelimanya itu, Nor Syafiqah Ismail, 22, disahkan mengalami penyakit kanser sejak April tahun lalu selepas menerima rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

“Ujian berganda buat saya dan suami apabila Nor Syafiqah yang merupakan anak istimewa diuji dengan penyakit kan­ser. Kami hanya mengetahuinya selepas ketulan di bahagian dada pecah selepas anak saya terjatuh tertiarap di rumah.

“Sebelum ini dia ada mengadu sakit di bahagian dadanya dan saya membawanya mendapatkan rawatan di klinik ke­rana beranggapan penyakit biasa sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung La.

Katanya, selepas insiden Nor Syafiqah tertiarap sehingga menyebabkan ketulan di bahagian payudaranya itu pecah, dia menjalani pembedahan pada April lalu dan dirawat hampir dua bulan di hospital.

Ujarnya, Nor Syafiqah kemudian kembali dengan rutin hariannya dan bersekolah se­perti biasa di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tenang.

“Bagaimanapun keadaan kesihatannya kembali merosot pada November tahun lalu sehingga dimasukkan ke HSNZ selama sebulan sebelum dipindahkan ke Hospital Besut dan dibenarkan pulang pada Isnin lalu.

“Nor Syafiqah tidak lagi dapat menguruskan dirinya sendiri seperti sebelumnya, yang mana kini dia memerlukan penjagaan rapi,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya