Harga udang stabil, tidak semahal tahun lalu - Utusan Malaysia

Harga udang stabil, tidak semahal tahun lalu

HARGA udang pada musim perayaan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dilaporkan stabil dan tidak mengalami kenaikan mendadak seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. – GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Harga udang pada perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini dilaporkan stabil dan tidak mengalami kenaikan mendadak seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Unit Nelayan Pulau Betong, Arshad Omar, kestabilan harga ini disebabkan oleh stok udang yang banyak sejak bulan lalu, sekali gus mengekang peningkatan harga.

“Tahun lalu, harga udang pernah mencecah sehingga RM72 sekilogram bagi gred A. Bagaimanapun, tahun ini harga udang hanya sekitar RM55 sekilogram untuk nelayan tolak kepada pemborong dan ia dijual pada kadar RM60 sekilogram di pasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam

Arshad berkata, lebihan stok udang yang disimpan oleh peniaga sejak bulan lalu menjadi punca utama mengapa harga hasil laut itu tidak meningkat.

“Udang memang banyak bulan lepas, jadi peniaga ada stok mencukupi. Itu sebab harga tidak naik seperti tahun lalu. Bagi harga sotong pula, ia tidak setinggi udang, harganya cuma sekitar RM35 sekilogram,” katanya.

Arshad berkata, permintaan terhadap bawal tambak dan udang bagaimanapun lebih tinggi semasa musim perayaan ini.

“Bawal tambak paling mahal. Untuk gred A, harga boleh mencecah sehingga RM110 sekilogram,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya