KANGAR: Sebanyak 50 kampit beras dan sumbangan wang tunai diserahkan kepada pelajar sekolah agama Maktab Mahmud, Padang Terap di sini.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis bersama Pengerusi Alumni 4B, Padang Terap, Datuk Ahmad Kamel.
“Sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar tahfiz ini khususnya mereka yang memerlukan. Ini juga juga menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan pemimpin bersama masyarakat.
“Selain itu, gabungan melalui aspek pendidikan dan kebajikan masyarakat khususnya di luar bandar sedikit sebanyak memupuk semangat ukhwah silatulrahim yang terjalin.
“Ia juga menunjukkan kepeduliaan NGO dan institusi pendidikan yang tidak terkecuali dalam bersama-sama mengembeling tenaga di dalam melahirkan pelajar berminda kelas pertama dan saling mneghormati serta menyantuni antara satu sama lain,” katanya.-UTUSAN