Dua bekas pemain bola sepak Pahang tanam timun

Dua bekas pemain bola sepak Pahang tanam timun

ABDUL AZIZ Abdul Hamid Kupai (kiri) dan Azizul Kamaluddin bekerjasama mengusahakan tanaman timun di Taman Shahzan, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Meskipun tiada seorang pun daripada mereka mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian, dua bekas pemain bola sepak Pahang bertekad tanam timun di kebun berkeluasan kira-kira 0.2 hektar di Taman Shahzan di Indera Mahkota, di sini untuk menjana pendapatan.

Abdul Aziz Abdul Hamid Kupai, 60, dan Azizul Kamaluddin, 53, menjadikan disiplin dan semangat juang yang tinggi ketika dalam skuad bola sepak Pahang sebagai motivasi buat mereka untuk terus bertahan dalam dunia pertanian yang tidak kurang pancarobanya, sejak lebih tiga tahun lalu.

Abdul Aziz berkata, dia dan Azizul mula mengusahakan kebun timun dan cili secara serius dengan bantuan beberapa pihak termasuk Yayasan Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) bermula 2022.

Katanya, mereka berdua be­kerjasama dalam setiap aspek bermula daripada penyediaan kawasan hingga pemasaran hasil tanaman yang diusahakan itu dan ternyata ia begitu membe­ransangkan.

“Kerja berpasukan adalah kunci kejayaan kami sama se­perti dalam permainan bola sepak suatu ketika dahulu. Ternyata kami percaya dengan usaha dan komitmen, kami dapat mencapai kejayaan dalam bidang pertanian ini.

“Walaupun bila sudah luaskan kawasan penananam tanggungjawab menjadi lebih besar, masalah lebih bertambah namun kami bersama-sama fikirkan untuk selesaikan dengan jayanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz menamatkan kariernya dalam dunia bola sepak negara sekitar 1993 manakalanya Azizul masih lagi bergiat aktif dalam sukan tersebut sebagai jurulatih dan pemain jemputan.

Abdul Aziz berkata, mereka pernah kecewa beberapa kali berdepan masalah ketika musim menuai namun tetap berusaha bangkit dan kini dalam perancangan memperluas tanah kebun disewa itu.

Katanya, untuk memastikan kebunnya selamat daripada sebarang pencerobohan terutama haiwan, mereka perlu memagar kawasan itu dan ia dilakukan secara berperingkat memandangkan kos yang semakin meningkat.

“Di kawasan baharu nanti, kami tidak hanya tertumpu kepada timun sahaja tetapi tanaman lain juga seperti halia, kunyit dan cili bara. Perancangan itu memang ada, pastinya daripada kecil kami mahukan ia lebih besar tetapi kami tidak mahu terburu-buru,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya