Dataran Lobak jadi tumpuan sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Dataran Lobak jadi tumpuan sempena Tahun Baharu Cina

ORANG ramai mengunjungi Dataran Lobak, Seremban yang dihiasi pelbagai dekorasi menarik sempena perayaan Tahun Baharu Cina. – UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seperti kebiasaan setiap kali tibanya musim perayaan, Dataran Lobak di sini pasti menjadi perhatian ramai apabila dihiasi lampu berwarna-warni.

Tidak terkecuali sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Dataran Lobak dikunjungi termasuk setiap malam oleh orang ramai daripada pelbagai bangsa yang mengambil peluang bergambar dengan hiasan yang dipasang dengan cukup menarik, kemas dan teratur.

Menurut seorang pengunjung, Shahidah Mustafa 29, dia mengambil kesempatan bersiar-siar dengan keluarga di dataran itu selepas mengetahui lokasi berkenaan dihiasi dengan lampu menarik.

“Kemeriahan cahaya lampu berwarna-warni memang sangat mempesonakan. Hiasan yang ditampilkan ini sedikit sebanyak menyatukan penduduk pelbagai bangsa untuk sama-sama meraikan perayaan yang ada di negara kita seperti Tahun Baharu Cina ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagi V. Tanusha, 32, pula, setiap kali apa juga perayaan, dia tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar kenangan di Dataran Lobak.

“Dataran Lobak kini sudah menjadi lokasi wajib bagi saya apabila tiba musim perayaan. Saya puji usaha pihak yang menghias kawasan ini tidak ketinggalan pada Tahun Baharu Cina ini, inilah imej rakyat Malaysia yang pelbagai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya