Bapa ditahan, biarkan anak bergayut pada kenderaan dipandu

Bapa ditahan, biarkan anak bergayut pada kenderaan dipandu

TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang kanak-kanak bergayut di luar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang dipandu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warganegara asing ditahan selepas dia didapati membiarkan anak lelakinya bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai dekat sini dengan video kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan ke atas lelaki berkenaan selepas polis mengesan rakaman video terbabit pada pukul 11.10 pagi tadi. 

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dan membawa ke IPD Nilai.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing berumur 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.

“Kanak-kanak lelaki yang bergayut di pintu sebelah pemandu itu merupakan anak kepada pemandu tersebut yang berumur enam tahun,” katanya hari ini.

Berikutan itu, katanya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 47(1) APJ 1987.

Katanya, hasil siasatan pihaknya dimaklumkan, perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaan kanak-kanak itu meminta untuk berdiri di luar kenderaan semasa bapanya memandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya