Bahan api, alat ganti mahal kekangan pengusaha perahu Tembeling - Utusan Malaysia

Bahan api, alat ganti mahal kekangan pengusaha perahu Tembeling

PERAHU Tembeling perlu dikekalkan warisannya supaya pengangkutan tradisional ini tidak lenyap ditelan zaman. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Harga bahan api dan alat ganti yang mahal menjadi kekangan buat pengusaha perahu Tembeling di sini, untuk te­rus mengekalkan perkhidmatan pengangkutan air tradisional tersebut sebagai warisan sepanjang zaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Keselamatan Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, 54, berkata, alat ganti seperti kipas membebankan pengusaha bot yang berharga antara RM255 hingga RM400 seunit berasaskan kuasa kuda.

“Harga bahan api petrol pun mahal ketika ini, kebiasaannya sekali perjalanan berulang-alik dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling penggunaannya mencecah 50 liter yang mengambil masa dua setengah jam satu hala.

“Penggunaan bahan api yang sama juga melibatkan 10 liter ke Lata Berkoh termasuk destinasi lain di kawasan Taman Negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan, sejak tahun 1800 lagi, perkhidmatan perahu penambang terus berevolusi dan kekal digunakan sehingga kini sebagai pengangkutan air utama di Ulu Tembeling di sini untuk membawa penumpang dan barangan.

Perkhidmatan perahu pe­nambang ini, masih menjadi nadi pengangkutan di Ulu Tembeling bagi memenuhi ke­perluan penduduk seperti menangkap ikan, membawa hasil tanaman dan haiwan ternakan untuk dijual serta membawa penumpang ke Taman Negara Kuala Tahan.

Mi Hamidi berkata, penggunaan bahan api yang tinggi berbanding kenderaan darat menyebabkan tambang perahu penambang dikenakan agak se­timpal oleh pengusaha atau pemilik bot.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya