115 murid sertai perkhemahan perdana - Utusan Malaysia

115 murid sertai perkhemahan perdana

KAMARUL Azman Khamis (tiga dari kanan) pada majlis perasmian perkhemahan perdana unit beruniform peringkat daerah Padang Terap di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Senai hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lebih 115 murid sekolah rendah menyertai perkhemahan perdana unit beruniform peringkat daerah Padang Terap yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Senai di sini hari ini.

Perasmian perkhemahan perdana melibatkan murid dari SK Kurong Hitam, SK Bukit Tembaga dan SK Sanai itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Kamarul Azman berkata, program tersebut sangat bermanfaat kepada para murid dengan kali ini SK Sanai menjadi tuan rumah.

“Di mana menerapkan ia budaya belajar terus belajar dan peranan belajar dalam mendepani hala tuju survival pendidikan untuk terus berjaya,” katanya yang turut memberi sumbangan pada program berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya