PERTUBUHAN Banjar Malaysia baru-baru ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahun Kali Ke-21 bertempat di Pusat Agensi Angkasa Malaysia (Maysa) di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Pengarah Gading Kencana Sdn. Bhd., Datin Hasnah Awang yang selaku tetamu kehormat.
Dengan berpegang kepada falsafah Kayuh Baimbai, persatuan ini menghimpun penduduk berketurunan Banjar di negara ini bagi mengeratkan kerjasama di samping membentuk kesatuan terutama dalam mengekalkan adat resam dan budaya mereka yang leluhurnya berasal dari Banjarmasin, Kalimantan itu. – UTUSAN