Kelab AiRED perkenal bidang kecerdasan buatan dan robotik pada pelajar - Utusan Malaysia

Kelab AiRED perkenal bidang kecerdasan buatan dan robotik pada pelajar

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Pelancaran Kelab Junior AiRED dan Majlis Penutupan Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM 2024’ di sini semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penubuhan Kelab Junior AI Robotic Education (AiRED) di Perlis adalah inisiatif penting yang memperkenalkan bidang kecerdasan buatan dan robotik kepada pelajar sekolah rendah di negeri ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kelab tersebut secara tidak langsung dapat membuka peluang yang sangat berharga untuk anak-anak ini dapat bersedia dalam menempuh dunia yang semakin mencabar dan teknologi yang semakin maju.

Titah baginda, program Transformasi Intelek Pelajar SPM (TRIPs) pula mampu membantu pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam persediaan menghadapi peperiksaan utama tidak lama lagi.

“Program TRIPs juga mampu merubah ‘Mindset’ pelajar yang kurang yakin untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran STEM A dan mata pelajaran teras yang kritikal.

“Jika dilihat secara keseluruhan, inovasi hanya akan tercapai jika seseorang itu mempunyai kefahaman mendalam dalam subjek STEM, justeru kedua-dua program Junior AiRED dan TRIPs SPM ini adalah dua komponen yang sangat berkait rapat dalam memperoleh kecemerlangan dalam membina generasi muda Perlis yang kreatif, inovatif, dan berdaya saing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Pelancaran Kelab Junior AiRED dan Majlis Penutupan Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM 2024’ di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Husin.

Majlis ini telah dianjurkan oleh FCoEE dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang melibatkan seramai 20 orang guru dan 100 orang pelajar bagi program Junior AiRED manakan 25 orang guru dan 509 orang pelajar bagi Program TRIPs SPM 2024.

Penubuhan Junior AiRED adalah simbol harapan generasi muda untuk menerajui bidang AI dan robotik, manakala inisiatif TRIPs SPM 2024 merupakan komitmen dan usaha dalam meningkatkan terhadap kecemerlangan akademik para pelajar di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan untuk menyempurnaka simbolik perasmian Junior AiRED dan menyaksikan upacara Penyerahan Watikah Pelantikan oleh Pengerusi FCoEE kepada dua orang penerima.

Tuanku Raja Muda menzahirkan harapan agar pendekatan ini dapat menyumbang semula kepada peningkatan tenaga kerja mahir di negeri Perlis pada masa hadapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya