KANGAR: Seramai 150 pelajar menyertai program tuisyen pintar YPM@KKDW 2024 anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan RHB Bank di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap di sini, semalam.
Pada program itu, turut diadakan aktiviti motivasi yang disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.
Pada majlis itu, turut disampaikan sumbangan oleh YPM dan RHB Bank yang bertujuan membantu pelajar dan sekolah ke arah melahirkan tokoh ikon pelajar.
“Setiap pelajar dari sekolah dipilih untuk hadir ke program tersebut adalah berdasarkan latar belakang keluarga yang susah dan pelajar yang mempunyai daya saing dan aktif pembelajaran di sekolah,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN