Koperasi MYHA sampaikan sumbangan mangsa terjejas banjir - Utusan Malaysia

Koperasi MYHA sampaikan sumbangan mangsa terjejas banjir

KAMARUL Azman Khamis menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Lubok Merbau, Pedu semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Koperasi Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Kedah turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan banjir di Kampung Lubok Merbau, Pedu semalam.

Pengerusi Koperasi MYHA Kedah, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kepada mangsa terjejas itu.

Salah seorang yang menerima sumbangan tersebut adalah Mohd. Faizal Mustaffa yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda kampung berkenaan.

“Hujan lebat semalam telah menyebabkan rumah Faizal dimasuki air menyebabkan beberapa kerosakan seperti perabot dan sebagainya.

“Sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharap dapat membantu dan meringankan beban mangsa. Diharapkan mangsa banjir terus bersabar dengan ujian ini,” kata Kamarul Azman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN