Kejohanan badminton antara belia meriah - Utusan Malaysia

Kejohanan badminton antara belia meriah

KAMARUL Azman Khamis menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan badminton yang berlangsung penuh meriah di Kampung Lubok Merbau, Pedu.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 40 peserta dalam kalangan belia Kampung Lubok Merbau Pedu, Lubok Merbau Jaya dan Kampung Bukit Buloh menyertai kejohanan badminton yang berlangsung penuh meriah di Kampung Lubok Merbau, Pedu di sini.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

Tempat pertama menerima wang tunai RM300, kedua RM200 dan tempat ketiga RM100 manakala tempat keempat RM50. Tempat kelila hingga 10 menerima hadiah berupa hamper.

“Program ini memupuk semangat kekitaan dan cakna kepada belia dan masyarakat setempat. Para belia yang menyertai kejohanan ini berasa cukup teruja selain memeriahkan suasana di kawasan kampung-kampung ini. Ia juga membantu dalam mencungkil bakat meraka dalam sukan berkenaan.

“Ia juga seiring dengan hari kemerdekaan baru-baru ini dalam menarik kecintaan anak muda ke arah perpaduan serta keharmonian.

“Elakkan permusuhan dan persengketaan, wujudkan keakraban dan semangat patriotik cintakan negara perlu sentiasa segar di sanubari belia selaku pemangkin kesinambungan perjuangan negara,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN