KANGAR: Seramai 100 mahasiswa Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Kedah menyertai program satu jenayah satu hukuman Poly-Tech Mara, Alor Setar di sini.
Program berkenaan anjuran skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dengan kerjasama Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kolej berkenaan.
Program itu dirasmikan Timbalan Dekan GSGSG UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.
“Antara pengisian program itu seperti ceramah oleh pegawai penjara Pokok Sena dan jurulatih jurulatih penjara yang menerangkan mengenai bahaya dadah kepada belia.
Program ini juga menyedarkan belia tentang bahana dan bahaya penggunaan dadah sekiranya terjebak di dalam kancah gejala itu,” kata Kamarul Azman Khamis.-UTUSAN