STB terus lakar sensasi, muncul juara kejohanan bola sepak PIBKS - Utusan Malaysia

STB terus lakar sensasi, muncul juara kejohanan bola sepak PIBKS

PARA pemain STB bergambar bersama guru dan ibu bapa selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun PIBKS Perlis 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping, Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Sekolah Tengku Budriah (STB) meneruskan penguasaan dalam bola sepak apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Persatuan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping di sini hari ini.

STB yang dibimbing Mohd. Shahabuddin Kadir,43, itu berjaya menewaskan SK Behor Empiang 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Mohamad Rizqi Noor Irwan,10, melalui sepakan penalti sekali gus berjaya membawa STB muncul juara dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Para pemain STB mempamerkan aksi yang cukup baik sepanjang kejohanan berkenaan.

Kejayaan itu cukup manis selepas Jun lalu STB turut melakar kejayaan sensasi apabila muncul juara kejohanan bola sepak bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2024 yang menamatkan penantian 13 tahun.

Semalam, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan merasmikan majlis simbolik sepak mula kejohanan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN