Segak berbaju warisan Melayu teman anak meriahkan sambutan kemerdekaan - Utusan Malaysia

Segak berbaju warisan Melayu teman anak meriahkan sambutan kemerdekaan

IBU bapa yang segak memperagakan baju kurung Kedah dan warisan Melayu bersama anak yang berpakaian beragam bertema kemerdekaan pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Nesam, Kangar Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ibu bapa segak memperagakan baju kurung Kedah dan warisan Melayu manakala anak-anak comel dengan pakaian beragam bertema kemerdekaan sekali gus mencuri tumpuan ramai sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Nesam di sini.

Majlis berlangsung meriah dengan penuh semangat patriotik itu diadakan di Dewan Orang Ramai, Kampung Nesam, di sini hari ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena majlis itu antaranya pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan ciptaan reka cipta replika hari kebangsaan, pertandingan kasut tempurung, pertandingan batu tujuh, congkak dan pelbagai lagi.

IBU bapa yang segak memperagakan baju kurung Kedah dan warisan Melayu manakala anak-anak comel dengan pakaian beragam bertema kemerdekaan pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Nesam, Kangar Perlis hari ini.- UTUSAN

Ibu bapa turut bersama mengadakan persembahan pada majlis yang berlangsung pukul 10 pagi sehingga 1 tengahari itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya