MAIPs sumbang RM200,000 bagi pembinaan Pusat Islam di Nigeria - Utusan Malaysia

MAIPs sumbang RM200,000 bagi pembinaan Pusat Islam di Nigeria

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 bagi menjayakan pembinaan sebuah Pusat Islam di Ibadan, Oyo, Nigeria.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 bagi menjayakan pembinaan sebuah Pusat Islam di Ibadan, Oyo, Nigeria.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Lawatan Safar Ilmi MAIPs ke negara berkenaan, baru-baru ini.

Baginda menyerahkan sumbangan itu kepada Yayasan Amal Al Mawaddah yang berpengkalan di Ibadan dengan diwakili Pengerusinya, Dr. Abdulrasheed Olatunji Abdussalam dan Timbalannya, Alhaj Ridwan dalam majlis yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja.

Berangkat sama pada majlis berkenaan adalah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang juga merupakan Waris Kedua Negeri Perlis.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria, TYT Aiyub Omar, Kaunselor Sharmini Devi Gopal dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Zakat dan Wakaf Negeri Sokoto, Sadaukin Muhammad Lawal Maidoki.

Pembinaan Pusat Islam itu selepas ini akan memberikan manfaat kepada pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dengan memberikan fokus kepada usaha bagi menyebarkan ajaran Islam sebenar.

Malah, pelbagai projek amal, advokasi dan pendidikan dapat dilaksanakan antaranya seperti program dakwah, Ramadan, pembinaan telaga, tajaan untuk anak yatim, kursus Syariah untuk imam dan pendakwah serta pelbagai lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN