50 murid pra sekolah kawasan Arau pamer bakat - Utusan Malaysia

50 murid pra sekolah kawasan Arau pamer bakat

PARA pemain dan guru bergambar sempena Karnival Sukan Pra Sekolah Peringkat Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) kawasan Arau di R7 Futsal Centre, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kira-kira 50 murid pra sekolah dari kawasan Arau mempamerkan bakat dalam sukan bola sepak dengan menyertai perlawanan futsal bersempena Karnival Sukan Pra Sekolah Peringkat Pusat Kegiatan Pelajar (PKP)
kawasan Arau di R7 Futsal Centre, Arau, Perlis semalam.

Mereka terdiri daripada murid Sekolah Tengku Budriah (STB), Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, SK Pauh, SK Arau, SK Kubang Gajah, SK Felda Chuping, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kong Aik dan SJK (C) Sin Min.

Ia juga sebagai medan untuk pemilihan para pemain bagi mewakili PKP Arau ke Karnival Futsal peringkat negeri pada 28 Ogos seterusnya ke peringkat kebangsaan pada Oktober depan.

Guru SK Guar Nangka merangkap panel pemilihan bagi PKP Arau, Tengku Zaiudean Tengku Mohd. Yusof berkata, karnival ini melibatkan beberapa perlawanan antara sekolah di kawasan Arau ini dan mereka akan memilih pemain untuk ke kejohanan di peringkat negeri nanti.

“Ia melibatkan murid pra sekolah berusia lima dan enam tahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN