UiTM Perlis perlu jalin kerjasama tingkat kebolehpasaran graduan- Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

UiTM Perlis perlu jalin kerjasama tingkat kebolehpasaran graduan- Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menyempurnakan Majlis Penandatanganan Plak Tugu Masa 50 tahun dan Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan UiTM Cawangan Perlis 2024-2034, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis perlu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pemain industri bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan mereka.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain itu, institusi pengajian tinggi (IPT) itu juga perlu menyediakan kemudahan sewajarnya buat kegunaan para pelajar.

Titah baginda, perancangan berkala dan berfasa perlu dilaksanakan bagi memastikan kemudahan kolej kediaman atau bilik-bilik kuliah sentiasa dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa walaupun dalam situasi kekangan kewangan.

“Pelajar merupakan amanah universiti dan kemudahan yang sepatutnya mesti disediakan kepada mereka,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penandatanganan Plak Tugu Masa 50 tahun dan Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan UiTM Cawangan Perlis 2024-2034, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis di Masjid An-Nur UiTM cawangan Perlis, di sini, disambut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi serta para pegawai kanan universiti.

Turut berangkat ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Pada tahun ini, UiTM akan menyambut Jubli Emas 50 tahun kewujudannya.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 20 orang pelajar terpilih dalam kalangan keluarga asnaf dari seluruh negara.

Menerusi pemberian berkenaan, setiap penerima masing-masing mendapat sumbangan wang tunai berjumlah RM700.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya