Pemuda UMNO Arau gotong-royong bersih, perindahkan gelanggang futsal - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Arau gotong-royong bersih, perindahkan gelanggang futsal

PEMUDA UMNO Bahagian Arau mengambil inisiatif gotong-royong membersih dan memperindahkan gelanggang futsal di Kampung Bongor Kudong, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemuda UMNO Bahagian Arau menerusi program pemuda cakna mengambil inisiatif gotong-royong membersih dan memperindahkan gelanggang futsal di Kampung Bongor Kudong di sini semalam.

Inisiatif tersebut sekali gus bakal memberi keselesaan kepada orang ramai menggunakan kemudahan tersebut.

Gotong-royong itu diketuai Ketuanya, Abdul Azim Abdullah bersama barisan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian berkenaan dengan turut melibatkan para belia kampung tersebut.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Gelanggang tersebut digunakan untuk kemudahan aktiviti sukan seperti futsal dan sepak takraw.

Inisiatif Pemuda Cakna yang digerakkan Pemuda UMNO Bahagian Arau itu cukup dekat dengan rakyat yang bertujuan membantu kampung-kampung dalam Parlimen berkenaan selain melibatkan belia-belia kampung.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau turut mengambil inisiatif membantu bergotong-royong membina semula pondok rehat penghantar makanan Foodpanda yang roboh akibat dihempap pokok di Arau-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN