Dusun durian Pak Lang jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Dusun durian Pak Lang jadi tumpuan

HAMIZAT Had,52, dan isteri, Lely Suriana Puteh, 50, menunjukkan buah durian di dusun mereka di atas bukit berketinggian 230 meter di Banjaran Nakawan di Bukit Wang Angin, Kangar, Perlis semalam.—UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ketibaan musim durian memberikan punca rezeki tambahan buat seorang pencari madu lebah dari Kampung Nesam di sini bagi meraih pendapatan hasil jualan buah tersebut.

Selain membuat penghantaran ke rumah pelanggan dalam kalangan penduduk setempat, Hamizat Had, 52, bersama isterinya, Lely Suriana Puteh, 50, turut menyediakan durian buat pelanggan di dusun miliknya di Bukit Wang Angin, Banjaran Nakawan di sini.

Hamizat atau lebih dikenali sebagai Pak Lang berkata, kebanyakan pengunjung memilih menikmati buah durian di dusunnya yang berkeluasan 1.3 hektar itu berikutan panorama indah alam semula jadi yang berlatar belakangkan Bukit Wang Gunung.

“Selalunya pada musim durian ini pengunjung akan datang pada hari Sabtu dan Ahad malah ada diantaranya dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sewaktu menikmati durian di sini, mereka juga teruja melihat keindahan kawasan ini yang kaya dengan flora dan fauna,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamizat berkata, terdapat beberapa jenis pokok durian di dusunnya itu antaranya seperti durian bukit, durian nasi kunyit dan pelbagai lagi dengan harga bermula dari RM5 sehingga RM25 sekilogram.

Katanya, buah berkenaan juga akan dikutip pada setiap hari bagi menggelakkan daripada dirosakkan atau dimakan haiwan lain.

“Terdapat sekitar 100 batang pokok durian pelbagai jenis di dusun berkenaan” katanya.

Dalam pada itu, Hamizat berkata, untuk berkunjung ke dusun berkenaan, dia mengesyorkan pengunjung menaiki kenderaan pacuan empat roda disediakan dengan bayaran RM10.

Katanya, pengunjung juga boleh memilih pendakian dengan berjalan kaki selama kira-kira 30 minit untuk ke dusun itu.

“Dusun ini berketinggian 230 meter dan kita sediakan kemudahan pengangkutan buat pengunjung ke sini,” katanya.

Tambah Hamizat, pengunjung yang ingin berkunjung ke dusunnya itu boleh berhubung terus dengan Presiden Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Perlis (Troper), Ku Hasrin Ku Abd Rahman di talian 019-4740729 bagi sebarang maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya