Perlis tuan rumah sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah - Utusan Malaysia

Perlis tuan rumah sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kem Bukit Keteri baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Perlis julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) ke-66 Peringkat Kebangsaan bermula pada 28 sehingga 30 Jun 2024 yang akan datang di sekitar negeri ini.

Sambutan ini juga diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-81 dan juga kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 yang sedang rancak berlangsung.

Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah forum berjudul ‘Whole Of Government Whole Of Society (WOGOS), majlis makan malam, sukan antara rejimen, sesi sukan golf dan woodball, lawatan ke tempat-tempat menarik di Perlis serta beberapa aktiviti lain lagi.

Kemuncaknya ialah perbarisan yang akan diadakan di Kem Bukit Keteri pada pagi 29 Jun 2024.

Rejimen 504 Askar Wataniah sebagai urusetia setempat telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi bagi memastikan persediaan bagi sambutan yang merupakan acara tahunan ini berada pada landasan dan garis masa seperti yang dirancang.

Lebih daripada 1,000 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Tentera Darat Malaysia khususnya Askar Wataniah akan berada di Perlis dalam tempoh tersebut.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menzahirkan rasa sukacita atas pemilihan Perlis sebagai tuan rumah pada kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berharap agar para tetamu yang hadir akan menikmati keunikan negeri ini dan membawa pulang seribu satu kenangan yang manis.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya