Berkain pelikat, berkurung Kedah curi tumpuan aksi bowling media, JKKN Perlis - Utusan Malaysia

Berkain pelikat, berkurung Kedah curi tumpuan aksi bowling media, JKKN Perlis

PENGAMAL media Perlis merakamkan gambar bersama selepas Program Jom Santai Media Bersama JKKN Perlis di Kayangan Square, Kangar, Perlis, semalam. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bermain bowling dengan mengenakan pakaian tradisional, berkain pelikat serta mengenakan kurung Kedah.

Itu antara keunikan tersendiri yang ditampilkan sekali gus menarik perhatian dalam pertandingan bowling bersempena program Jom Santai Bersama Media dan Jabatan Kebudayaan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis di Perlis Bowl, Kayangan Square di sini semalam.

Para pengamal media dalam kalangan ahli Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan warga JKKN) Perlis juga segak mengenakan pakaian tradisional selain menunjukkan bakat dalam sukan bowling itu.

Seramai 22 pengamal media negeri ini terlibat dalam pertandingan tersebut bersama warga JKKN yang diketuai pengarahnya, Norazlin Nordin membabitkan 10 kumpulan.

Kumpulan Ahmad Rejal Arbee muncul juara pertandingan tersebut manakala tempat kedua dimenangi kumpulan Lee Siew Yee dan ketiga pula disandang kumpulan Pak Sako.

Manakala bagi pakaian terbaik yang paling mencuri tumpuan bagi lelaki dimenangi oleh jurugambar Utusan Malaysia, Izlizan Othman manakala bagi wanita pula dimenangi wartawan Sin Chew Daily, Chong Keat Yin.

Program itu diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah dan acara minum petang di Blanja Cafe di sini.

Norazlin berkata, penganjuran Program Jom Santai Media itu merupakan inisiatif JKKN bagi mengeratkan hubungan di samping menghargai peranan pengamal media.

Beliau berharap hubungan dan kerjasama antara JKKN dan media negeri ini dapat diteruskan khsususnya bagi menyampaikan laporan-laporan berkaitan kesenian dan warisan di Perlis.

“Peranan media di negeri ini juga terserlah menerusi pencapaian Pesta Angin Timur pada Mac lalu yang mencatatkan nilai promosi paling tinggi dalam kalangan program-program pelancongan budaya antara 14 buah negeri di negara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya