Program kepemimpinan cilik cungkil bakat - Utusan Malaysia

Program kepemimpinan cilik cungkil bakat

KAMARUL Azman Khamis bergambar bersama guru-guru dan peserta selepas merasmikan program kepemimpinan cilik di salah sebuah hotel di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program kepemimpinan cilik bagi sekolah-sekolah negeri ini di sebuah hotel di sini mampu membantu mencungkil bakat-bakat muda ke arah kepimpinan berdaya saing.

Program anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Tunjong sebagai tuan rumah itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman yang turut menyampaikan ceramah kepada murid.

Kamarul Azman berkata, program berkenaan cukup baik dalam melahirkan generasi anak muda berminda kelas pertama.

Katanya, ia melibatkan seramai 100 pelajar terplilih bagi menyertai motivasi dan kem kepimpinan cilik peringkat negeri Perlis.

“Ini juga menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan guru-guru di dalam meningkatkan prestasi pelajar dan berdaya saing di dalam melahirkan ikon dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya sekolah luar bandar.

“Sesunguhnya pengiktirafan ini sungguh bermakna kepada pelajar-pelajar kerana diberikan sijil dan penghargaan yang bermakna,

“Ia juga membantu sekolah di dalam meningkatkan pencapaian dan berdaya saing dengan sekolah-sekolah bandar,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya