Golongan wanita perlu tingkat kesejahteraan hidup: Raja Puan Muda Perlis - Utusan Malaysia

Golongan wanita perlu tingkat kesejahteraan hidup: Raja Puan Muda Perlis

TUANKU Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (lima dari kanan) berkenan meraikan delegasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Kelantan dalam Majlis Santapan Malam di sebuah restoran di Kuala Perlis, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Golongan wanita seharusnya berkeupayaan dalam menjaga dan meningkatkan kesejahteraan hidup masing-masing.

Keupayaan tersebut adalah merangkumi kestabilan emosi, kesihatan mental, kerohanian dan keperibadian positif.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, pada masa sama, golongan wanita juga perlu memupuk kesaksamaan bagi mempunyai keupayaan untuk mendapat manfaat yang adil.

“Manfaat yang adil ini adalah dari aspek keperluan berbanding kesamarataan yang tidak bersifat substantif,” titah baginda.

Tuanku Lailatul Shahreen bertitah demikian selepas berkenan berangkat meraikan delegasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau W.I. Negeri Kelantan dalam Majlis Santapan Malam di sebuah restoran di Kuala Perlis, di sini.

Delegasi seramai 32 orang itu diketuai oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menerusi lawatan ke negeri ini bersempena Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMPs), delegasi berkenaan turut berkesempatan melawat beberapa lokasi menarik di sini.

Antara lokasi yang dikunjungi delegasi terlibat adalah Taman Mempelam Harumanis Perlis Bukit Bintang, Taman Buah-Buahan Eksotik Sg Batu Pahat, Taman Rimba Herba Bukit Ayer, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar, Arked Niaga Padang Besar dan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya