GSGSG UUM terus dekati masyarakat - Utusan Malaysia

GSGSG UUM terus dekati masyarakat

KAMARUL Azman Khamis (tiga dari kanan) meluangkan masa bersama anak muda di Kampung Keda Bukit Kura dan Bukit Buloh hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mendekati masyarakat melalui aktiviti di Kampung Keda Bukit Kura dan Bukit Buloh.

Timbalan Dekan GSGSG UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis turut meluangkan masa bersama anak muda secara santai serta beramah mesra dengan mereka di kampung itu.

Katanya, jaringan antara UUM dan masyarakat desa menunjukkan keprihatinan warga universiti berkenaan bersama penduduk melalui pelbagai aktiviti seperti gotong-royong masjid,program semarak Ramadan dan pelbagai lagi.

“Selain itu, peluang kita bertanya khabar dan ambil peduli terhadap masyarakat sekali gus merapatkan lagi ukhwah persaudaraan dan mengukuhkan silatulrahim,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya