Lebih 30,000 dijangka kunjungi Perlis Mega Food Festival - Utusan Malaysia

Lebih 30,000 dijangka kunjungi Perlis Mega Food Festival

HASNIFAZLINA Hassan (kiri) bergambar di hadapan salah sebuah gerai Perlis Mega Food Festival yang dianjurkan di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis, selama tiga hari sehingga Ahad. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lebih 30,000 pengunjung dijangka memeriahkan Perlis Mega Food Festival yang berlangsung
selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini.

Penganjuran festival itu menghimpunkan pengusaha-pengusaha makanan terkenal di Perlis antaranya seperti D’ Farda, Che Ain Nasi Dalca, TFF Cafe, Chef Tako dan banyak lagi.

Penganjur festival berkenaan, Hasnifazlina Hassan, 38, berkata, pihaknya menghimpunkan seramai 62 peniaga pada kali ini di mana 80 peratus daripadanya adalah merupakan usahawan makanan di Perlis.

“Kita cuba menampilkan keistimewaan menerusi penganjuran festival makanan ini dengan menghimpunkan peniaga dari Perlis bagi membolehkan masyarakat luar mengenali kepelbagaian makanan di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasnifazlina berkata, kehadiran beberapa pempengaruh terkenal seperti Puspa Gomen (Datuk Raudzah Ismail), Faiz Aizif (Muhammad Faiz Basirun), Nyza dan Fayyiz serta beberapa lagi turut menjadi tarikan pada penganjuran festival ini.

Katanya, festival berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengah malam itu turut menyediakan pelbagai pengisian menarik buat para pengunjung yang hadir.

“Antara aktiviti yang akan dianjurkan selama tiga hari ini adalah seperti pertandingan timbang bola takraw, pertandingan mewarna dan persembahan artis Perlis,” katanya.

Dalam pada itu, Hasnifazlina berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif melaksanakan festival berkenaan sebagai usaha bagi mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP2024/2025).

Katanya, menerusi penganjuran itu, masyarakat luar dapat mengenali kepelbagaian makanan menarik dan unik yang terdapat di negeri ini sekali gus membantu dalam menarik pelancong ke Perlis.

“Harga-harga makanan yang ditawarkan di sini juga adalah berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan penduduk di negeri ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya