GSEEP UUM raikan masyarakat, belia - Utusan Malaysia

GSEEP UUM raikan masyarakat, belia

PARA pemenang permainan video secara dalam talian melalui telefon bimbit melibatkan belia di Kampung Lubok Merbau Pedu dan Kampung Lubok Merbau Jaya.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program sukaneka dan permainan video secara dalam talian melalui telefon bimbit bersama masyarakat setempat melibatkan belia di Kampung Lubok Merbau Pedu dan Kampung Lubok Merbau Jaya.

Dalam pertandingan permainan video tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Mohd. Aiman Adib Rosli, tempat kedua dimenangi oleh Mohd. Lokman Johari dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd. Haikal Husin.

Para pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100 bagi tempat pertama, RM80 (kedua) dan RM50 (ketiga) selain 10 hadiah berupa hamper yang disampaikan oleh
Pengarah GSEEP UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Kamarul Azman berkata, program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah bersama antara masyarakat.

“Di samping itu, kecaknaan ini juga dapat di terjemahkan antara UUM dan masyarakat komuniti luar bandar di dalam meraikan suasana muhibah dan kepelbagaian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya